PKFZ » Harian Metro

Syarikat perakaunan siasat status kewangan PKFZ
PUTRAJAYA: Hasil siasatan ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, bernilai RM4.6 billion akan diumumkan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat, berkata sebuah syarikat perakaunan bebas akan dibentuk untuk mengaudit status kewangan projek itu terlebih dulu.

“Proses pengauditan itu akan dijalankan secara bebas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhak menjalankan siasatan tanpa sebarang pengaruh luar.

“Syarikat perakaunan ini akan dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang yang baru, Datuk Lee Hwa Beng,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, semalam.

Projek PKFZ menimbulkan kontroversi hingga terdapat segelintir pihak yang menyebarkan dakyah mengenai projek itu menerusi SMS.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pernah membuat kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan gagal menguruskan PKFZ dengan baik sebelum meminta projek itu diserahkan kepada kerajaan negeri.

Ong berkata, hasil siasatan itu perlu dimaklumkan kepada orang ramai selepas terdapat pihak yang membuat tuduhan projek itu sebagai ‘gajah putih’ dan dikaitkan dengan pelbagai skandal.

“Biarlah siasatan dijalankan bagi mengetahui kebenarannya dan apa langkah yang perlu diambil,” katanya.

Katanya, beliau akan melawat projek itu minggu depan bagi melihat sendiri perkembangannya sejak dimulakan November lalu.

PKFZ tarik 39 syarikat labur RM729 juta
“ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah berjaya menarik 39 syarikat asing dan tempatan membabitkan pelaburan RM729 juta sejak penubuhan projek berkenaan November tahun lalu,” kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy.

Beliau berkata, konsep pembangunan PKFZ membabitkan tiga matlamat utama iaitu sebagai hab perkilangan, perdagangan dan pengedaran di Asia; pemangkin kepada pembangunan Pelabuhan Klang secara keseluruhannya; selain menarik pelaburan langsung asing dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.

“PKFZ menguasai 30.8 hektar kawasan terbuka di zon bebas itu dengan opsyen mengambil tambahan 37.2 hektar lagi tahun depan, 20 unit industri ringan dan keluasan pejabat lebih 6,000 kaki persegi.

“Perniagaan berdasarkan TEU (unit bersamaan 20 kaki) pula meningkat kepada 1,111 TEU setakat ini berbanding hanya 67 TEU pada Mei lalu,” katanya.

MyFuel bina kilang biodiesel
PENGELUAR biodiesel, MyFuel Ltd memperuntukkan RM160 juta untuk mendirikan kilang biodiesel di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pengarah Urusan Kumpulannya, George Joukador, berkata syarikat sudah pun memperoleh tanah berkeluasan 3.2 hektar untuk dipajak selama 30 tahun bagi pembinaan dua kilang biodiesel dengan jumlah pengeluaran masing-masing 100,000 dan 250,000 tan metrik setahun.

Menurutnya, kilang itu akan dilengkapi peralatan memproses oleh pembekal Eropah.

“Kilang biodiesel berasaskan minyak sawit itu dijangka siap dibina dan beroperasi Jun 2008,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Joukador berkata, pada tahap pengeluaran penuh, kilang itu dijangka menjana pendapatan tahunan dan hasil sampingan lain bernilai lebih RM1 bilion.

“Kami yakin dengan pergerakan harga minyak sawit yang turun naik, ia sudah tentu mewujudkan satu cabaran,” katanya.

PAC minta penjelasan Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meminta penjelasan Peguam Negara mengenai tafsiran dan pendapat ketika kerajaan ingin membuat keputusan sama ada mengambil alih atau membeli tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang.

Pengerusi PAC, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata pihaknya mahukan penjelasan kerana pada akhirnya keputusan adalah untuk membeli dan bukan untuk pengambilalihan (acquisition) tanah itu.

“Jadi keputusan atau pilihan membeli tanah itu berasaskan kepada ‘willing buyer, willing seller’ berbanding mengambil alih tanah itu berasaskan pendapat undang-undang.

“Kita nak penjelasan daripada Peguam Negara kerana akhirnya keputusan adalah untuk membeli dan menolak pilihan satu lagi iaitu untuk acquire atau untuk mengambil alih. Jadi di sini mungkin letaknya perbezaan nilainya (tanah),” katanya selepas sesi mendapatkan penerangan mengenai isu itu di Bangunan Parlimen, di sini semalam.

Shahrir berkata, PAC dijangka berjumpa Peguam Negara selepas Ramadan.

Kontroversi mengenai PKFZ yang kini diuruskan Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) timbul berikutan laporan bahawa kos menubuhkan PKFZ meningkat daripada jumlah asal RM1.1 bilion kepada RM4.7 bilion dan kerajaan memberikan pinjaman mudah yang perlu dibayar balik dalam tempoh tujuh tahun kepada PKA.

Ketika keputusan ingin diambil, pejabat Peguam Negara mencadangkan tanah itu diambil alih mengikut Akta Pengambilalihan Tanah (Land Acquisition Act) tetapi cadangan itu tidak dipersetujui pihak terbabit.

Pelabuhan Klang mahu wujud agensi sehenti
LEMBAGA Pelabuhan Klang berunding dengan kerajaan untuk mewujudkan sebuah agensi sehenti di zon bebasnya di Pulau Indah bagi mempercepatkan kelulusan kepada pelabur menubuhkan perniagaan di pelabuhan itu.

Pengerusi barunya, Datuk Chor Chee Heung, minat ditunjukkan terhadap Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sangat baik dan menerima kadar tempahan perniagaan hampir 20 peratus walaupun mula dilancarkan tahun lalu.

“Kami belum mendapat kelulusan tetapi diharapkan mendapat sesuatu petunjuk menjelang akhir tahun ini.

“Kami sedang berunding dengan kerajaan, terutama sekali Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida) untuk mewujudkan sebuah lembaga sehenti meliputi pelbagai agensi dalam kerajaan yang mengeluarkan kelulusan,” katanya di majlis perasmian restoran Awana Beijing yang dimiliki sebahagiannya oleh Pempena Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Tourism Malaysia di Beijing, China, baru-baru ini.

Serah kompleks kastam
LEMBAGA Pelabuhan Klang (PKA), pemilik Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyerahkan Kompleks Kastam kepada Kastam Diraja Malaysia bagi membolehkan penguatkuasan peraturan kastam dilaksanakan di kawasan zon bebas itu.

Berkuat kuasa hari ini, pihak kastam diberi tanggungjawab memantau aktiviti pengilangan dan komersial di zon itu supaya tidak berlaku penyalahgunaan dan penyelewengan ke atas kemudahan yang diberikan.

Kompleks Kastam dua tingkat itu, menjadi salah satu komponen projek (PKFZ) juga menyediakan kemudahan ruang pejabat, 10 kaunter dan bilik pengimbas.

Ia akan menempatkan pelbagai jabatan kerajaan lain pada masa depan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian, Perkhidmatan Farmaseutikal, Imigresen dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Tarikan Westports
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

WESTPORTS Malaysia Bhd (Westports) berjaya menarik dua lagi pengendali syarikat perkapalan utama (MLO) untuk mengadakan persinggahan di pelabuhannya mulai awal tahun depan.

Pengarah Eksekutifnya, Ruben Emir Gnanalingam, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah MLO yang dikendalikan pada masa ini meningkat kepada 25.

“Setiap tahun kita mempunyai sasaran tertentu untuk menarik lebih banyak MLO singgah di Westports. Tahun ini saja, tujuh MLO baru iaitu ANL, KLine, Delmas, NYK, Hapag Lloyd, OOCL dan Hyundai mula singgah di Westports.

“Ini dijangka dapat membantu menyumbang kepada peningkatan dalam pengendalian kontena,” katanya ketika melawat Balai Berita, baru-baru ini.

Westports mencatatkan peningkatan 26 peratus pengendalian kontena bagi tempoh sembilan bulan pertama 2006 kepada 2.70 juta TEU berbanding 2.14 juta TEU dalam tempoh sama 2005.

Kenaikan itu terutama disumbangkan pertambahan persinggahan pengendali MLO di Westports serta peningkatan perdagangan antara Eropah dan Asia.

Pelabuhan itu mengendalikan 2.91 juta TEU, sepanjang tahun lalu. Pertumbuhan pengendalian kontena dalam tempoh kajian disumbangkan peningkatan perdagangan berikutan ekonomi dunia bertambah baik, terutama perdagangan intra Asia melalui Westports.

Westports dikendalikan Kelang Multi Terminal Sdn Bhd dan disenaraikan antara lima pelabuhan terbaik dunia daripada segi produktiviti.

Sementara itu, perdagangan tempatan Westports dijangka mencecah satu juta TEU tahun ini berdasarkan kepada pertumbuhan 14 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama.

Menyentuh mengenai pelaksanaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Ruben berkata, beberapa syarikat dari Norway, Sweeden dan China sudah menyatakan hasrat untuk membina infrastruktur berikutan kemudahan dan potensi yang ditawarkan zon berkenaan.

Beliau berkata, Westports bersedia memainkan peranannya sebagai logistik lebih berkesan terutama dalam mempromosikan hab halal di PKFZ sebagai pusat bagi pengeluaran dan pengeksportan produk halal di rantau ini.

“Syarikat ini akan mengimport banyak produk dan ia memberi kelebihan dari segi logistik kepada kita untuk lebih banyak mengeksport produk ini ke seluruh dunia,” katanya.

Noel Gulliver pengarah urusan PKFZ
ZON Bebas pelabuhan Klang (PKFZ), zon industri dan komersial bersepadu sepenuhnya pertama di Malaysia mengumumkan pelantikan Noel Gulliver (gambar), 54, sebagai pengarah urusannya yang baru.

Dengan 30 tahun pengalaman dalam bidang perdagangan logistik, Gulliver sudah berkhidmat dalam pengurusan serantau bagi syarikat multinasional seperti CF/Emery Worldwide, Maersk Logistics, Roadway, Schenker dan Jardine Logistics.

Gulliver mempunyai pengalaman 13 tahun sebagai peneraju pembangunan projek dan perdagangan baru di seluruh Asia meliputi perniagaan logistik sama ada laut, udara, logistik bersepadu serta pengurusan.

33 minat ke Pelabuhan Klang
JAFZA International, pengendali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sedang aktif berunding dengan 33 syarikat dari pelbagai industri dari seluruh negara untuk membuka pangkalan masing-masing di zon berkenaan.

Pangkalan itu terbahagi kepada dua zon iaitu komersial bersepadu yang menumpukan kepada aktiviti komersial seperti perlabelan dan pembungkusan semula manakala zon industri hanya untuk aktiviti pembuatan.

Pengarah Operasi Antarabangsa Jafza, Chuck Heath berkata daripada 33 syarikat itu, tujuh dari Dubai, 23 syarikat multinasional dan selebihnya syarikat tempatan.

“Kami menerima banyak pertanyaan dari syarikat berkenaan, malah banyak antara syarikat itu sedang dalam perbincangan peringkat akhir dengan kami.

“Selain itu, kami berharap akan memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat multinasional Eropah tidak lama lagi,” katanya pada majlis taklimat media mengenai perkembangan PKFZ di Petaling Jaya, semalam.