Tag Archive

Syarikat perakaunan siasat status kewangan PKFZ

By admin

PUTRAJAYA: Hasil siasatan ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, bernilai RM4.6 billion akan diumumkan kepada orang ramai. Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Kiat, berkata sebuah syarikat perakaunan bebas akan dibentuk untuk mengaudit status kewangan projek itu terlebih dulu. »

PKFZ tarik 39 syarikat labur RM729 juta

By admin

"ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pulau Indah berjaya menarik 39 syarikat asing dan tempatan membabitkan pelaburan RM729 juta sejak penubuhan projek berkenaan November tahun lalu," kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy. »

MyFuel bina kilang biodiesel

By admin

PENGELUAR biodiesel, MyFuel Ltd memperuntukkan RM160 juta untuk mendirikan kilang biodiesel di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Pengarah Urusan Kumpulannya, George Joukador, berkata syarikat sudah pun memperoleh tanah berkeluasan 3.2 hektar untuk dipajak selama 30 tahun bagi pembinaan dua kilang biodiesel dengan jumlah pengeluaran masing-masing 100,000 dan 250,000 tan metrik setahun. »

PAC minta penjelasan Peguam Negara

By admin

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meminta penjelasan Peguam Negara mengenai tafsiran dan pendapat ketika kerajaan ingin membuat keputusan sama ada mengambil alih atau membeli tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Klang. »

Pelabuhan Klang mahu wujud agensi sehenti

By admin

LEMBAGA Pelabuhan Klang berunding dengan kerajaan untuk mewujudkan sebuah agensi sehenti di zon bebasnya di Pulau Indah bagi mempercepatkan kelulusan kepada pelabur menubuhkan perniagaan di pelabuhan itu. »

Serah kompleks kastam

By admin

LEMBAGA Pelabuhan Klang (PKA), pemilik Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menyerahkan Kompleks Kastam kepada Kastam Diraja Malaysia bagi membolehkan penguatkuasan peraturan kastam dilaksanakan di kawasan zon bebas itu. »

Tarikan Westports

By admin

WESTPORTS Malaysia Bhd (Westports) berjaya menarik dua lagi pengendali syarikat perkapalan utama (MLO) untuk mengadakan persinggahan di pelabuhannya mulai awal tahun depan. »

Noel Gulliver pengarah urusan PKFZ

By admin

ZON Bebas pelabuhan Klang (PKFZ), zon industri dan komersial bersepadu sepenuhnya pertama di Malaysia mengumumkan pelantikan Noel Gulliver (gambar), 54, sebagai pengarah urusannya yang baru. »

33 minat ke Pelabuhan Klang

By admin

JAFZA International, pengendali Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sedang aktif berunding dengan 33 syarikat dari pelbagai industri dari seluruh negara untuk membuka pangkalan masing-masing di zon berkenaan. »