PKFZ » Berita Harian

Ong umum siasatan projek RM4.6 bilion
Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail

SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat (gambar), berkata hasil siasatan terhadap kronologi dakwaan penyelewengan pelaburan RM4.6 bilion untuk projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) diumumkan dua hari lagi.

Beliau mengumumkan siasatan kronologi kes itu kepada umum seperti dijanjikan awal bulan ini.

Bagaimanapun, katanya, siasatan status kewangan projek yang dilakukan firma perakaunan dan percukaian global, PricewaterhouseCoopers belum dapat diumumkan kerana masih dalam semakan terakhir.

“Saya akan memenuhi janji untuk umumkan hasil siasatan kronologi PKFZ kepada umum dalam dua hari lagi tetapi hanya membabitkan kronologi, manakala status kewangan diumumkan kemudian,” katanya selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Sirim Berhad dengan syarikat pengeluar teknologi enjin kenderaan menggunakan Hidrogen (H-Fuel), EGR Tech Sdn Bhd di sini, semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, siasatan status kewangan projek itu tidak dapat disiapkan dalam tempoh diminta kementeriannya kerana belum mendapatkan keterangan beberapa individu yang terbabit dengan PKFZ.

Projek bernilai RM1.1 bilion itu menimbulkan kontroversi apabila nilainya meningkat kepada RM4.6 bilion serta dianugerah kepada sebuah syarikat tanpa proses sepatutnya.

Dalam perkembangan lain, Ong berkata, beliau akan mendapatkan nasihat dan pandangan Penasihat Undang-undang kementerian berhubung saman RM100 juta yang difailkan syarikat pengendali e-kesihatan, Supremme Systems Sdn Bhd (Supremme Systems).

Beliau berkata, saman difailkan terhadap kerajaan Malaysia dan dirinya selepas kementeriannya membatalkan e-kesihatan yang mewajibkan pemohon Lesen Memandu Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) dan Lesen Memandu Kenderaan Barang (GDL) menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

E-Kesihatan dibatalkan kerana banyak masalah, selain disyaki terdedah kepada penyelewengan dan rasuah.

Hasil siasat PKFZ diumum bulan ini
Oleh Amin Ridzuan Ishak

KUALA LUMPUR: Hasil penemuan siasatan berhubung kronologi peristiwa yang mendakwa berlaku penyelewengan membabitkan pelaburan bernilai RM4.6 bilion bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), akan diumumkan bulan ini.

Perkara itu disahkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, semalam yang menjelaskan siasatan bagi aspek berkenaan sudah memasuki peringkat akhir iaitu proses membuat rumusan.

Bagaimanapun, masih belum ada sebarang tempoh pengumuman ditetapkan mengenai siasatan bagi status kewangan projek itu yang dilakukan firma perakaunan dan percukaian global, PricewaterhouseCoopers.

Mengulas mengenainya, Ong berkata, siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh diminta kementeriannya kerana masih belum mendapatkan keterangan daripada beberapa individu yang pernah terbabit dengan entiti itu (PKFZ)

“Keterangan belum diperoleh kerana difahamkan individu itu tiada di dalam negara. Jadi, proses mengambil keterangan mereka tidak dapat dilakukan dan secara tidak langsung siasatan juga tergantung.

“Semua aspek siasatan mengenai status kewangan sudah dilakukan, cuma ini (mengambil keterangan daripada beberapa individu) saja belum. Bagaimanapun, saya jamin ia tidak akan mengambil masa lama,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan persidangan bertajuk `Kemalangan Jalan Raya, Cabaran Kepada Bidang Perubatan’ anjuran Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, semalam.

Kerajaan mengarahkan siasatan penuh terhadap projek di Pulau Indah itu berikutan dakwaan wujudnya penyelewengan dalam pelaksanaan PKFZ bernilai RM4.6 bilion, sekali gus menyebabkan projek itu gagal dan menjadi `gajah putih’.

Pembangunan itu menimbulkan kontroversi apabila projek yang pada mulanya dikatakan hanya bernilai RM1.1 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion serta dianugerah kepada sebuah syarikat tanpa melalui proses sepatutnya.

Sebelum ini, spekulasi tersebar mengatakan bahawa bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy terbabit dengan skandal berkenaan. Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden MCA bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.

Pantau RMK-9 tak babit YB
Oleh Anwar Hussin; Faiza Zainuddin; Sazarina Shahrim; Nor Azma Laila

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Badan Bertindak Pelaksanaan Negara, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), tidak membabitkan Ahli Parlimen bagi memantau perkembangan projek Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di kawasan masing-masing.

Namun, beliau berkata, kerajaan mengalu-alukan sebarang laporan pemantauan projek yang ingin dibuat oleh Ahli Parlimen bagi projek di kawasan masing- masing.

“Buat masa ini, ICU JPM menggunakan jentera pemantauan pelaksanaan sedia ada di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri untuk memantau projek khususnya melalui Sistem Pemantauan Projek 11 (SPP 11).

“Selain itu, pemantauan projek juga dibuat oleh kementerian masing-masing,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang meminta Perdana Menteri menyatakan bila maklumat mendalam projek RMK-9, kos, status akan dibekalkan kepada Ahli Parlimen dan mengapa ICU tidak membabitkan Ahli Parlimen bagi memantau perkembangan projek di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, ahli Parlimen dan rakyat Malaysia boleh mengetahui mengenai senarai projek RMK-9 terkini mengikut kawasan Parlimen masing-masing dengan melayari laman web Portal I Cerve U di www.icerveu.gov.my.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh), Abdullah berkata, Industri Halal Sdn Bhd (HDC) masih berbincang dengan lima pelabur asing untuk melabur di Taman Halal seperti Zon Halal Perdana di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Selangor Halal Hab, Pulau Indah.

Pertahan projek PKFZ
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor mempertahankan langkah mereka mengambil bahagian dalam projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bagi memastikan usaha itu mencapai kejayaan dan berdaya maju.

Ketika memberi penjelasan kepada Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) yang juga Menteri Besar Selangor, berkata beliau sudah melawat kawasan itu untuk meninjau pelaburan projek berkenaan dan wang dibelanjakan bagi membeli tanah dan pembinaan yang dilaksanakan.

Firma perakaunan bebas audit PKFZ
PUTRAJAYA: Satu syarikat perakaunan bebas akan dilantik bagi menjalankan pengauditan terhadap status kewangan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.632 bilion, bagi mengenal pasti dakwaan berlaku penyelewengan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, berkata syarikat berkenaan akan dilantik Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang yang baru, Datuk Lee Hwa Beng, minggu depan.

“Syarikat perakaunan yang dilantik hanya menjalankan urusan pengauditan status kewangan projek berkenaan secara bebas dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhak menjalankan siasatan terhadap pengurusan LPK tanpa sebarang pengaruh luar.

“Saya ingin tegaskan bahawa pelantikan syarikat perakaunan bebas ini adalah untuk memberi PKFZ satu titik tolak yang baru bagi menjawab tuduhan pelbagai pihak berkaitan projek berkenaan.

“Ia bukan bermaksud pihak tertentu (LPK) yang menangani kewangan PKFZ perlu disoal siasat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, semalam.

Sebelum ini, kementerian itu menafikan dakwaan pembangkang wujud penyelewengan dalam pelaksanaan PKFZ bernilai RM4.632 bilion, sekali gus menyebabkan projek itu gagal dan menjadi projek gajah putih.

Ong berkata, pada masa ini, masih terlalu awal untuk pihaknya membuat sebarang pengumuman bagi menjawab pelbagai tuduhan berkaitan projek PKFZ yang memulakan operasi November lalu.

“Biarlah siasatan dijalankan bagi mengetahui kebenarannya,” katanya.

Keputusan seleweng PKFZ diumum
KUALA LUMPUR: Keputusan siasatan penyelewengan RM4.6 bilion projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan diumumkan kepada rakyat dalam masa terdekat, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat.

Beliau berkata, rakyat berhak mengetahui kedudukan sebenar isu itu bagi memastikan mereka tidak lagi membuat andaian salah berikutan pelbagai khabar angin.

Katanya, kesediaan kerajaan menyiasat perkara itu bukti kepemimpinan negara sentiasa mengamalkan ketelusan dalam semua isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

“Sebagai menteri yang baru dilantik, saya terpanggil untuk mengetahui kedudukan sebenar PKFZ sehingga pihak tertentu mengambil kesempatan menyebarkan dakyah mengenai isu itu .

“Kita tidak mahu PKFZ terus dijadikan senjata pembangkang dengan berkata kegagalan menguruskan wang itu sebagai bukti kerajaan tidak mengamalkan ketelusan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Pembangunan Laluan Dunia (Routes) Kuala Lumpur 2008 di sini semalam.

Beliau berkata, sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikan pelbagai isu berbangkit sehingga menyebabkan sokongan rakyat terjejas dalam pilihan raya umum baru-baru ini.

“Kita tidak mahu terus bergelut dalam kancah yang sama dan sesuatu perlu dilakukan untuk kita terus mara menerusi mesej yang lebih telus kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Ong berkata, beliau menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan semula PKFZ yang berdepan pelbagai masalah sebelum ini.

“Berdasarkan maklumat awal, pengusaha di PKFZ masih kurang memuaskan dan kita akan mendapatkan maklumat daripada pengurusan PKFZ mengenai punca perkara ini berlaku bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya.

SMS isu PKFZ tidak tepat: Ong
Oleh Nor Azma Laila

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat terkilan dengan tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan fakta tidak tepat mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu isu PKFZ dihebohkan tanpa fakta yang betul kerana ia menyebabkan masyarakat salah faham mengenai projek yang membabitkan kos RM4.6 bilion itu.

“Maklumat dalam SMS itu menggambarkan seolah-olah duit RM4.6 bilion itu sudah lesap. Saya tidak mahu masyarakat membuat andaian yang salah berdasarkan SMS yang diterima itu.

“Saya akan berusaha untuk memastikan semua isu berkaitan dengan PKFZ diselesaikan sebaik mungkin.

“Saya juga akan umumkan mengenai perjalanan projek ini kepada rakyat dalam masa terdekat supaya mereka ke mana perginya wang RM4.6 bilion itu dan mereka tidak lagi membuat andaian salah berikutan SMS itu.

“Setakat ini, taklimat awal sudah diberikan kepada saya, seterusnya saya akan meneruskan dengan kerja susulan untuk memastikan projek ini diselesaikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana ke-21, di Stadium Bola Sepak, Cheras, di sini, semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pernah membuat kenyataan bahawa kerajaan Pusat gagal menguruskan dengan baik PKFZ dan meminta Pusat menyerahkan PKFZ kepada kerajaan negeri.

Kenal pasti projek PKFZ
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor perlu terlebih dulu mengenal pasti dan memahami sifat projek pembangunan di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pulau Indah, selain mengkaji bidang kuasa kerajaan negeri, sebelum mahu membuat sebarang perubahan mendadak, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat.

“Mereka termasuk kerajaan negeri, mesti mengenal pasti projek berkenaan, sifat kontrak dan bidang kuasa kerajaan negeri ke atas projek itu.\

“Nasihat saya kepada beliau (Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) sekiranya ada sebarang cadangan, salurannya ialah dengan mengemukakannya kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya pada majlis memeterai perjanjian pembelian 10 pesawat tambahan Airbus A330-300 antara AirAsia X Sdn Bhd dan Airbus di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Khalid semalam bahawa kerajaan negeri bercadang mengambil alih operasi PKFZ.

Selangor cadang wujud pemilihan ketua kampung
PELABUHAN KLANG: Kerajaan Selangor akan mengadakan pemilihan pada peringkat kampung dan ahli majlis di pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan penduduk memilih sendiri ketua yang akan mewakili mereka.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata bagaimanapun proses pemilihan itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat kerana mahu memastikan sistem pentadbiran bergerak lancar terlebih dulu.

Beliau berterima kasih kepada ketua kampung yang sudah meletakkan jawatan atas jasa mereka dan pada masa sama, mengarahkan Yang Dipertua, Pegawai Daerah dan penghulu mukim supaya menyelia kampung yang belum ada pengganti.

“Semua ketua kampung yang sedang berkhidmat diharap tidak mengabaikan tanggungjawab mereka. Ketua kampung baru akan dipilih dari kalangan mereka yang berkelayakan dan komited terhadap tugas,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pulau Ketam semalam.

Sebelum ini, ketua kampung dipilih dari kalangan pemimpin setempat berdasarkan lantikan.

Sementara itu, pemangku Presiden Persatuan Ketua-Ketua Kampung Negeri Selangor, Mohd Ishak Abdullah, ketika dihubungi berkata, semua 362 ahli persatuan itu akan terus menjalankan tugas mereka seperti biasa bagi membantu menyelesaikan masalah pada peringkat kampung.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, gangguan bekalan elektrik yang dialami penduduk di Kampung Pulau Ketam dan Kampung Sungai Lima di sini, sejak Isnin lalu, sudah dipulihkan.

Katanya, masalah itu dikenal pasti berpunca daripada kerosakan pada jana kuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dipasang di pulau itu sejak enam minggu lalu, menyebabkan keupayaan maksimumnya berkurangan.

Beliau berkata, empat jana kuasa ditempatkan di pulau itu yang mampu menjana bekalan elektrik 3,000kW sehari untuk kegunaan penduduk setempat.

Jumlah penggunaan elektrik maksimum di kedua-dua kawasan penempatan di Pulau Ketam itu adalah sebanyak 1,300kW sehari.

Abdul Khalid berkata, projek memasang kabel dasar laut untuk membekalkan kuasa elektrik dengan keupayaan maksimum 6 MW di Pulau Ketam seperti yang diluluskan pada awal 2005, dijangka siap dua tahun lagi.

“Dengan adanya bekalan elektrik itu, industri pelancongan di Pulau Ketam dapat ditingkatkan kerana mereka boleh membina lebih banyak tempat penginapan untuk pelancong dan kilang air batu bagi kemudahan di pulau ini,” katanya.

Bekalan elektrik itu akan disalurkan terus ke Pulau Ketam dari stesen jana kuasa di Kapar.

Selain melawat Pulau Ketam, Abdul Khalid turut meninjau Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Pelabuhan Barat yang menimbulkan kontroversi selepas  syarikat antarabangsa, Jafza International yang sebelum ini diberikan kontrak selama 15 tahun untuk menguruskan zon bebas itu, menarik diri Julai tahun lalu.

Katanya, beliau akan bertemu dengan pengurusan tertinggi PKFZ dan Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, minggu depan untuk berbincang mengenai hasrat Kerajaan Selangor untuk mengambil alih operasi zon itu.

Selangor mahu caj pekerja asing RM9 sebulan
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor bercadang mengenakan caj sebanyak RM9 sebulan atau RM100 setahun terhadap kira-kira 1.5 sejuta pekerja asing yang bekerja dalam pelbagai sektor bagi menyelesaikan masalah belia tempatan menganggur di negeri itu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata wang yang dikutip daripada majikan pekerja asing itu akan digunakan sebagai dana untuk melatih belia tempatan dalam bidang kemahiran tertentu.

Beliau berkata, faktor utama belia tempatan di negeri itu terpaksa menganggur kerana banyak peluang kerja dibolot rakyat asing yang sanggup bekerja walaupun gaji rendah.

“Faktor pengangguran di Selangor kerana ada ramai pekerja asing yang bersaing dengan belia tempatan untuk mendapatkan pekerjaan. Penawaran buruh yang terlalu ramai ini menyebabkan gaji yang ditawarkan pun rendah.

“Kita akan cadangkan kepada kerajaan Pusat untuk memberi kuasa kepada Selangor mengetahui perkembangan buruh asing di negeri ini supaya kita boleh kenakan syarat terhadap majikan membayar RM9 sebulan atau RM100 setahun bagi setiap pekerja asing.

“Wang yang dikutip ini kita akan gunakan sebagai dana untuk melatih belia tempatan dalam bidang kemahiran tertentu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan pertamanya di sini, semalam.

Beliau berkata, syarat baru yang akan dilaksanakan itu mungkin menimbulkan tanggapan buruk badan bukan kerajaan (NGO) yang mungkin menuduh Selangor memeras pekerja asing.

Abdul Khalid berkata, belia tempatan sepatutnya diberi kemahiran dan keupayaan dalam bidang tertentu supaya golongan itu dapat memberi sumbangan positif kepada pembangunan ekonomi di Selangor.

“Selama ini banyak wang yang dikutip di Selangor disalah guna kerajaan Pusat. Kita akan guna caj yang dikutip ini untuk buat sesuatu yang baik kepada rakyat di Selangor,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid, mendakwa kerajaan Pusat gagal menguruskan dengan baik Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan meminta Pusat menyerahkan PKFZ kepada kerajaan negeri.

Beliau mendakwa, sejumlah RM4.6 bilion yang dilaburkan Pusat untuk membangunkan PKFZ adalah tidak munasabah kerana kawasan industri itu sehingga kini gagal menarik pelabur asing.